fbpx

Bilik anak sudah akil baligh kawasan larangan ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Setiap anak yang sudah cukup umur atau sudah faham berkenaan aurat dilarang untuk menerjah masuk bilik tidur ibu bapa.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, begitu juga dengan ibu bapa, bilik anak mereka yang sudah akil baligh juga merupakan kawasan larangan bagi mereka.

“Kalau anak masih kecil, umur dua tiga tahun itu tidak mengapa sebab dia belum faham lagi larangan atau tahap aurat yang sepatutnya.

“Bilik tidur ibu bapa atau anak merupakan kawasan larangan, kalau nak masuk sekalipun kena bagi salam dan mendapat kebenaran terlebih dahulu,” jelasnya melalui satu video ceramahnya baru-baru ini.

Tambahnya, antara masa yang dilarang anak dan ibu bapa memasuki bilik masing-masing adalah selepas isyak dan sebelum subuh kerana ketika itu adalah masa persendirian.

“Jangan masuk terutamanya selepas isyak dan sebelum subuh, kita kena tahu bab ini kerana itu masa untuk bersendirian.

“Ibu bapa juga sama, kalau anak dah besar jangan main masuk sahaja bilik mereka. Ini adalah satu kesalahan yang biasa orang kita lakukan selama ini,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI