fbpx

Anies Baswedan belum fikir soal jadi calon Presiden Indonesia 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anies bakal menamatkan khidmat sebagai Gabenor Jakarta pada 16 Oktober ini. - Gramedia

JAKARTA – Gabenor Daerah Khusus Ibu Kota (DKI) Jakarta, Anies Baswedan belum memikirkan langkah yang akan diambil dalam kerjaya politiknya selepas menamatkan khidmat sebagai Gabenor, lapor laman berita Detik kelmarin.

Menurut Anies, buat masa ini, beliau mahu memfokuskan untuk memanfaatkan ruang dan masa yang masih ada sebelum secara rasmi mengosongkan kerusi Gabenor pada 16 Oktober depan.

Kenyataan tersebut adalah sebagai menjawab pertanyaan media mengenai ura-ura bahawa beliau ialah antara calon popular untuk menjadi Presiden pada Pemilihan Umum 2024.

“Apabila khidmat saya di Jakarta selesai, barulah saya akan memikirkan ke manakah hala tuju kerjaya politik selepas itu.

“Selain itu, pencalonan sebagai Presiden adalah keputusan sebulat suara parti, maka ia bukan tertakluk kepada kemahuan saya semata-mata,” jelas Anies.

Dalam masa sama, Anies meletakkan sepenuh keyakinan kepada pemilihan mana-mana parti politik yang ingin mencalonkan dirinya memandangkan beliau tidak bernaung di bawah mana-mana parti.

Antara parti politik yang berminat mencadangkan Anies sebagai calon Presiden adalah Parti Nasdem, Parti Keadilan Sejahtera dan Rapat Kerja Nasional. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI