fbpx

Wanita berpakaian lelaki tunai umrah dicabar tampil perjelaskan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (tiga dari kiri) ketika menyertai program Berjalan Teguh Bersama Datuk Idris Ahmad di Bukit Gantang hari ini.- Foto WAT KAMAL ABAS

BUKIT GANTANG – Wanita yang didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki dicabar tampil untuk menjelaskan perbuatannya itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad berkata, isu tersebut tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

“Wanita terbabit tidak sepatutnya bersembunyi sekiranya berasakan tindakannya itu betul. Sepatutnya beranilah (tampil) kerana dia berani untuk tunjuk gambarnya.

“Sudah berani tunjuk dia depan Kaabah seolah-olah untuk provokasi, maka kena beranilah untuk bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas menyertai acara program Berjalan Teguh Bersama Datuk Idris Ahmad di sini hari ini.

Program yang disertai 1,000 penduduk setempat itu menyaksikan mereka berjalan sejauh tiga kilometer yang berakhir di Gelanggang Futsal Bukit Gantang di sini.

Pada masa sama, Idris berkata, usaha untuk mengesan wanita tersebut melibatkan pelbagai pihak seperti pihak berkuasa agama negeri telah dilaksanakan, namun masih belum membuahkan hasil.

Kosmo! sebelum ini melaporkan tentang tindakan wanita itu yang tular di media sosial yang menunjukkan dia bergambar di hadapan Kaabah ketika menunaikan umrah.

Tindakannya itu mengundang kemarahan orang ramai kerana berpakaian lelaki sewaktu menunaikan umrah di Mekah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI