fbpx

UMNO dalam proses muktamadkan senarai calon PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian Veteran UMNO pada Majlis Pelancaran Gerak Kerja Veteran UMNO 'Keluargaku Pengundi BN' peringkat Kedah di Dewan SMK Kuala Nerang, hari ini. - Foto SHAHIR NOORDIN

KUALA NERANG – UMNO dalam proses memuktamadkan senarai calon parti yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, badan perhubungan UMNO negeri sudah mula menghantar senarai calon untuk dimuktamadkan di peringkat tertinggi parti itu.

“Senarai calon ini sudah mula dikemukakan kepada ibu pejabat oleh badan perhubungan UMNO negeri-negeri.

“Selepas itu senarai akhir adalah apabila Pengerusi Perhubungan UMNO atau Barisan Nasional (BN) akan duduk bersama dengan barisan kepimpinan di peringkat tertinggi untuk muktamadkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Gerakan Veteran UMNO ‘Keluargaku Pengundi BN’ di sini hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini menjelaskan pihaknya sudah menerima senarai calon daripada badan perhubungan UMNO negeri untuk PRU-15.

Menyentuh tentang kategori calon-calon UMNO atau BN, kata Mahdzir, perkara itu adalah hasil perbincangan antara Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri masing-masing bersama kepimpinan tertinggi parti dan gabungan berkenaan.

“Di sana kita akan bincang dan akan tentukan sebab yang kemukakan itu daripada UMNO negeri.

“Proses sedang berjalan biasalah, kita akan ambil yang berumur, berpengalaman, graduan dengan semua itu berada dalam senarai dan ciri-ciri biasa pada pilihan raya umum ini.

“Kita cari dari situlah termasuk yang berpengaruh, tak berpengaruh serta okay atau tak okay, macam-macamlah,” ujarnya.

Beliau pada masa sama menyeru agar veteran UMNO bersama-sama jentera parti untuk membantu memberi kemenangan kepada parti itu dalam PRU-15 kelak.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI