Setelah 65 tahun negara menyambut kemerdekaan, berjebah onak duri yang dilalui rakyatnya lebih-lebih lagi generasi sebelum merdeka yang difikirkan wajar dikongsikan kepada generasi kini sebagai penghayatan kemerdekaan yang sebenar. Generasi tersebut melalui pahit getir ketika hidup dalam cengkaman zaman pendudukan Jepun mahupun British sekitar tahun 1940-an apabila menyaksikan sendiri kekejaman yang dilakukan penjajah terhadap penduduk Tanah Melayu ketika itu. Bagi lelaki berusia 90-an, Salleh Din dari Kampung Guar Kepah, Kepala Batas, Jambatan Merdeka yang tersergam indah di kampung berhampiran iaitu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya