fbpx

Tiga maut, kemalangan libatkan lima kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 70.4 Lebuh Raya Utara Selatan pukul 6.35 pagi tadi.

KLUANG – Tiga orang maut, dua cedera manakala tiga lagi tidak mengalami sebarang kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 70.4 Lebuh Raya Utara – Selatan awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.35 pagi itu melibatkan masing-masing sebuah kereta Produa Myvi, Toyota Corolla, Motosikal, Toyota Hiace dan sebuah lori Trailler.

Katanya, sejurus menerima maklumat kejadian, satu pasukan terdiri daripada tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam serta dibantu enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam diketuai Pegawai Bomba Kanan II Rahim Razali dikejarkan ke lokasi berlaku kemalangan.

“Sebaik tiba dilokasi kejadian, pihaknya mendapati kemalangan melibatkan lima buah kenderaan dan kerja-kerja mengeluarkan serta menyelamatkan mangsa dilakukan.

“Hasil daripada pemeriksaan, mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian adalah Goh Xuan Ting, 22, Tan You xing, 18, serta seorang lelaki dewasa berusia lingkungan 40 tahun,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Mohd Fauzi, semua mangsa meninggal dunia menaiki kereta Toyota Corolla termasuk seorang yang cedera parah parah Hing May Yin,51, manakala seorang lagi mangsa Ayub Kharsani, 52, menaiki kereta Produa Myvi.

Ujarnya lagi, semua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala mangsa cedera parah dihantar ke hospital berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI