fbpx

Tetak ibu sampai mati demi wang pusaka RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jared semasa perbicaraan mahkamah dan bersama ibunya (dalam kotak) yang ditetak sampai mati pada 2019. - New York Post

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang lelaki dari Bandar Raya New York, Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah atas tuduhan membunuh ibu sendiri bagi mendapatkan wang pusaka bernilai AS$11,000 (RM49,890),  lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Tertuduh, Jared Eng, mengaku menyebabkan kematian Paula Chin dalam kejadian yang berlaku dalam sebuah apartmen di kawasan kejiranan Tribeca, Manhattan pada 2019.

Jared berdepan hukuman penjara minimum 18 tahun atau maksimum seumur hidup yang akan diputuskan dalam satu persidangan mahkamah pada 18 Oktober depan.

Lelaki itu memukul dan menetak ibunya semasa bertengkar manakala salah seorang teman wanitanya, Jennifer Lopez membantu tertuduh membersihkan lokasi kejadian.

Pasangan itu kemudian didakwa membawa mayat Paula ke sebuah rumah di Morristown, New Jersey, di mana mereka didakwa bertemu dengan Caitlyn O’Roure, seorang lagi kekasih Jared.

O’Rourke didakwa membantu Jared dan Lopez membuang mayat mangsa ke dalam bekas sampah yang membawa kepada penemuan polis dengan beberapa kesan tikaman dan objek tumpul pada kepalanya.

Polis turut menemui sarung tangan getah berdarah dan pita pelekat di kedua-dua rumah itu serta mesej teks daripada Lopez kepada O’Rourke yang memberitahu bahawa pangsapuri Tribeca telah dibersihkan.

Dalam mesej teks lain, Jared turut menulis ‘saya telah bebas, masalah sudah disingkirkan’, demikian menurut pendakwa raya.

Tertuduh menafikan dakwaan membunuh semasa mula-mula ditahan dan memberitahu polis bahawa dia pergi ke New Jersey untuk mendapatkan koleksi syiling yang disimpan di rumah milik keluarganya bagi membayar sewa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI