fbpx

Taufan Nanmadol: 3 juta penduduk diarah pindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ombak besar terhasil ketika Taufan Nanmadol melanda pantai bandar Kumamoto, Pulau Kyushu semalam. - AFP

TOKYO – Beribu-ribu orang berlindung di pusat-pusat perlindungan di barat daya Jepun hari ini, ketika Taufan Nanmadol melanda wilayah tersebut, menyebabkan pihak berkuasa menggesa hampir tiga juta penduduk untuk berpindah.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan ‘amaran khas’ luar biasa untuk bandar Kagoshima di selatan wilayah Pulau Kyushu, sejenis amaran yang dikeluarkan hanya apabila keadaan cuaca diramalkan sekali dalam beberapa dekad.

Menjelang pagi tadi, sebanyak 25,680 isi rumah di Kagoshima dan Miyazaki terputus bekalan elektrik, manakala perkhidmatan kereta api antara wilayah, penerbangan dan feri akan dibatalkan sehingga ribut reda, kata perkhidmatan pengangkutan serta utiliti tempatan.

JMA turut mengeluarkan amaran bahawa wilayah itu mungkin berdepan bahaya akibat angin dan ribut kuat serta hujan berterusan.

“Langkah berjaga-jaga secara maksimum perlu diambil. Ia merupakan taufan yang amat berbahaya.

“Angin diramal menjadi amat kuat sehinggakan mungkin terdapat rumah yang akan runtuh,” kata Ketua Unit Ramalan JMA, Ryuta Kurora.

Setakat petang tadi, 2.9 juta penduduk di Kyushu dikenakan amaran berpindah dan menurut pegawai-pegawai di Kagoshima, lebih 8,500 orang telah berada di pusat perlindungan tempatan pagi tadi.

“Sila berpindah ke bangunan yang lebih selamat sebelum angin bertukar ganas dan jauhkan diri anda dari tingkap walaupun berada dalam bangunan kukuh,” kata Kurora dalam sidang akhbar pada lewat malam semalam.

Setakat pagi tadi, operasi kereta api berkelajuan tinggi (bullet train) telah dibatalkan di samping laluan-laluan tren antara wilayah yang lain. Badan Penyiaran Jepun (NHK) melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 510 penerbangan turut dibatalkan.

Pada pukul 9 pagi (waktu tempatan), Taufan Nanmadol berada 80 kilometer (km) di tenggara Pulau Yakushima, dan membawa tiupan angin sehingga 252 km sejam. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI