fbpx

Polis tahan lelaki jadikan anak hamba seks sejak tujuh lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Tindakan jijik seorang bapa merogol dua anak kandungnya sejak tujuh tahun lalu terbongkar selepas selepas diberkas polis, dua minggu lalu.

Suspek berusia 50-an itu diberkas selepas isterinya membuat laporan polis berkaitan kejadian tersebut yang didakwa berlaku di dalam daerah Melaka Tengah pada 5 September lalu.

Menurutnya, kejadian itu disedari si isteri selepas ternampak suspek masuk ke dalam bilik tidur anak keduanya yang berusia 15 tahun sebelum menyergahnya.

“Dia yang cemas perbuatannya terbongkar telah mengambil sebilah pisau dan mengugut akan membunuh wanita tersebut serta anak ketiga mereka berusia sembilan tahun sekiranya dilaporkan kepada polis.

“Wanita terbabit telah menghubungi anak sulungnya berusia 19 tahun yang belajar di Selangor dan turut diberitahu menjadi mangsa hamba seks bapanya dari 2015 sehingga 2019,” katanya.

Ujarnya, isteri suspek kemudian membuat laporan polis di Balai Aeropolis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 September lalu.

Susulan laporan itu, suspek ditahan pada 9 September lalu dan direman selama 14 hari bermula 10 hingga 23 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai telah merogol anak keduanya itu sejak 2019 dengan kejadian terakhir berlaku pada 5 September lalu.

“Kedua-dua anaknya mendiamkan diri kerana bimbang ibu mereka akan diceraikan dan mereka hilang tempat bergantung.

“Siasatan juga mendapati remaja berusia 15 tahun itu dirogol antara lima hingga lapan kali setiap bulan sejak 2019, manakala kakaknya pula dipaksa melayan nafsu seks sejak berusia 12 tahun,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah ketika dihubungi mengesahkan kejadian, namun enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, tertuduh akan didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh esok di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama tidak kurang lapan tahun sehingga 30 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 10 sebatan jika disabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI