fbpx

Kes amang seksual pendakwah selebriti dirujuk kepada TPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan enam kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada 14 September 2022 keatas pendakwah selebriti berusia 40-an yang ditahan pada dua minggu lalu.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, empat kertas siasatan di Selangor dan dua kertas siasatan di Negeri Sembilan.

“Kesemuanya dengan cadangan agar suspek dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak (AKSTK).

“Manakala terdapat satu kertas siasatan di Kuala Lumpur yang masih dalam tindakan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurutnya, setakat ini sebanyak tujuh laporan polis dibuat terhadap pendakwah selebriti berkenaan dan suspek kini telah dibebaskan dengan jamin polis.

Terdahulu, polis sudah menerima enam laporan polis setakat ini ke atas seorang pendakwah selebriti tanah air yang dikaitkan dengan kes jenayah amang seksual terhadap remaja lelaki.

Penceramah selebriti berkenaan dipercayai berkenalan dengan mangsa sewaktu mengikuti program sesi motivasi sebelum dipujuk dan dipaksa melakukan perbuatan amang seksual fizikal.

Difahamkan, mangsa kes amang seksual fizikal terbabit mendakwa diarah melakukan perbuatan tidak senonoh oleh suspek yang pernah menyertai program realiti agama sebelum ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dilaporkan berkata, semua laporan polis dibuat oleh empat individu berusia lingkungan 17 hingga 18 tahun. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI