fbpx

Jamal rebah, dikejar ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Jamal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

SHAH ALAM – Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dikejarkan ke hospital selepas rebah dalam satu program parti itu di Sungai Besar malam tadi.

Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan baru pulih penyakit kanser paru-paru itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Anaknya, Amin Daniel, 22, keadaan bapanya itu stabil dan sedang dipantau rapi doktor pakar hospital berkenaan.

“Pihak hospital masih menjalankan ujian darah bagi mengenal pasti punca sebenar kesihatannya merosot.

“Ayah (Jamal) secara tiba-tiba rebah ketika menghadiri program itu dan saya sendiri membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 4 Ogos lalu, media melaporkan setelah berbulan terlantar di hospital dan merahsiakan apa yang dirasai setahun lalu, Jamal menyifatkan dirinya sebagai ‘mati hidup kembali’ apabila pulih sepenuhnya daripada penyakit kanser paru-paru tahap empat.

Pakar memberitahu yang keadaannya ketika itu sukar untuk diselamatkan dan hanya mempunyai masa yang singkat untuk bertahan.

Semua pakar kanser telah bersepakat bahawa Jamal hanya mempunyai hayat kira-kira 100 hari sahaja lagi iaitu sehingga Disember 2021.

Namun, dalam keadaan yang beliau mula reda dengan sebarang kemungkinan, Jamal mula mengubah cara kehidupan dan ia membuahkan hasil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI