fbpx

Isteri cekup suami dengan bekas kekasih dalam bilik tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kekasih suami N bersembunyi di sebalik pintu apabila wanita itu pulang ke rumah dan menyedari mereka berdua-duaan dalam bilik tidur. - Telisik.id

JAKARTA – Seorang lelaki di Kota Kendari, Sulawesi Tenggara tergamak mengajak kekasih tinggal bersama selepas isterinya pulang ke rumah ibu bapa sejak tiga bulan lalu, lapor laman Telisik.id, semalam.

Perbuatan keji lelaki itu terbongkar apabila isterinya pulang ke rumah untuk mengambil baju dan terkejut melihat ada wanita lain di dalam bilik tidur bersama lelaki tersebut.

Isterinya yang digelar N sempat merakam video berdurasi 45 saat yang memaparkan pasangan tersebut yang baru dicekup.

“Saya dan suami memang sudah tidak tinggal bersama serta hubungan kami memang sudah tamat.

“Tetapi saya masih isteri dia yang sah dan belum selesai proses perceraian. Saya tidak sangka dia sanggup membawa wanita yang juga bekas teman wanita sebelum berkahwin duduk di rumah kami sepanjang saya tiada,” tulis kapsyen video tersebut.

Dikhabarkan bahawa kekasih baharu suaminya itu ialah seorang mahasiswi di institut perguruan di Kota Kendari. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI