PETALING JAYA – Produk inai segera di bawah jenama Mazaville yang telah berjaya membantu lebih daripada 1,000 pengedarnya menambah pendapatan bulanan menyasarkan untuk memberi peluang perniagaan kepada lebih satu juta orang pada masa depan.
Pengasas bersama syarikat, Anas Zahrin berkata, produk yang telah dilancarkan sejak empat bulan lalu itu mampu menjana pendapatan yang baik malah ada yang mampu mencatat jualan sehingga RM75,000 sebulan.
Menurut beliau, ini kerana faktor komitmen dan sistem sokongan yang baik daripada pengedar serta testimoni positif yang mampu meningkatkan keyakinan pelanggan baharu mencuba produk tersebut.
Tambah beliau, sehingga kini produk diiktiraf telap air dan sah penggunaannya dalam solat daripada pihak Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu itu juga telah mencatat jualan lebih daripada 100,000 kotak.
“Kami mahu membantu meningkatkan perkembangan ekonomi golongan wanita. Meskipun perniagaan ini agak sengit persaingannya tetapi produk kami memiliki keunikannya tersendiri untuk menawan hati pelanggan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.
Pembangunan produk Mazaville ini telah diusahakan bersama dengan selebriti Rozita Che Wan.
Anas menjelaskan, usahanya dalam bidang perniagaan tersebut kini berbaloi kerana ia dapat membantu wanita meningkatkan taraf hidup dalam persekitaran yang sukar kini.
“Kami optimis untuk mencatat jualan sehingga lebih daripada 300,000 kotak menjelang akhir tahun ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE