PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Ryukyu, Jepun pada pukul 4.10 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, pusat gegaran terletak 26 darjah utara dan 125.9 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km) kira-kira 178 km barat dari Naha, Jepun.
Bagaimanapun, gempa bumi yang berlaku itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE.