fbpx

EPL: Arteta enggan dikecewakan Brentford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA (tengah) dinobat pengurus terbaik pada bulan Ogos selepas membantu Arsenal meraih lima kemenangan daripada enam perlawanan EPL. – AFP

LONDON – Sekalipun berjaya memulakan kempen dengan agak baik dan diangkat sebagai penerima Anugerah Pengurus Terbaik bulan Ogos, pengendali Arsenal tetap berwaspada de­ngan ancaman Brentford pada aksi malam ini.

Malah, penganugerahan Arteta sebagai pengurus terbaik sepanjang Ogos juga menjadi khabar positif buat The Gunners untuk membuktikan kelab itu masih lagi kekal relevan kembali buru slot ke Eropah musim depan.

Bagi anugerah itu, Arteta menewaskan pengendali Manchester City, Pep Guardiola, Antonio Conte (Tottenham Hotspur), Marco Silva (Fulham) dan Graham Potter (bekas pengurus Brighton & Hove Albion).

“Saya fikir Brentford sebuah pasukan yang baik dan pengurus mereka, Thomas Frank sudah pun melakukan tugas dengan cemerlang sejak beberapa tahun ini. Mereka beraksi baik ketika menentang pasukan atasan terutamanya di gelanggang sendiri.

“Jadi, kami sedar betapa sukarnya untuk hadapi mereka. Mereka patutnya berhak untuk mendapat pujian daripada apa yang sudah mereka lakukan sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun, Arteta ketika ini masih dipalit dengan kerisauan tentang keadaan semasa pemain tengahnya, Emile Smith Rowe yang kini dihimpit masalah kecederaan pangkal paha dan terpaksa berehat.

“Kecederaan adalah sebahagian daripada bola sepak, tetapi dia sedang berdepan detik sukar. Dia juga sedang berusaha keras untuk kembali cergas dan kami juga harus cari penyelesaian.

“Kami akan terus membantunya sehabis baik kerana pasukan begitu memerlukan khidmatnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI