fbpx

Dua maut, lima cedera, motosikal berlanggar sesama sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah motosikal terlibat kemalangan di KM102.2 Lebuh Raya Utara- Selatan dalam daerah Kuala Muda, awal pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Dua penunggang motosikal maut, manakala lima lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tujuh motosikal di Kilometer 102.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.35 pagi itu, dua lelaki iaitu seorang remaja berusia 15 tahun dan pemuda berusia 22 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Lima lagi penunggang motosikal berusia antara 17 hingga 21 tahun yang cedera dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati tujuh motosikal bergerak dari arah yang sama iaitu dari utara menghala ke selatan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila ketujuh-tujuh motosikal tersebut ditunggang secara beriringan pada kelajuan tinggi sehingga menyebabkan hilang kawalan lalu berlanggar sesama sendiri.

“Akibat kemalangan itu, dua penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima lagi cedera dan dibawa ke HSAH untuk dirawat,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda EX5, manakala selebihnya jenis Yamaha Y15.

Tambahnya, pemeriksaan mendapati tiga daripada tujuh penunggang motosikal terbabit tidak mempunyai lesen memandu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI