fbpx

Beri ruang anak-anak selesaikan masalah rumah tangga sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Saban hari kita disajikan dengan berita penceraian akibat pasangan ‘disondol’ orang ketiga.

Namun, tidak dapat dinafikan, tragedi penceraian itu juga boleh berpunca daripada keluarga di kedua-dua pihak pasangan itu sendiri.

Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah berkata, jika telah merancang untuk berkahwin, namun keluarga salah satu pihak mula menunjukkan tanda-tanda tidak suka, pertimbangan sewajarnya perlu dibuat.

“Campur tangan orang ketiga ini bukan saja melibatkan orang luar yang datang nak ‘menyondol’ pasangan, tapi boleh jadi keluarga besar kita sendiri. Paling dahsyat emak ayah, mentua dan adik-beradik sendiri.

“Ini pesan tok abah kepada mereka yang bercadang nak berumah tangga kelak. Jika keluarga di sebelah sana sudah mula tunjuk macam tidak berapa suka atau ada hal-hal yang buat kamu berat hati dan jiwa, maka kena fikir masak-masak ya, ” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.

Katanya, campur tangan ahli keluarga ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

“Pasangan kita memang tiada masalah langsung. Kita memang akan hidup dengan dia lepas kahwin. Kita memang pilihan hatinya.

“Kes tok abah urus saban hari terlalu banyak campur tangan keluarga besar sehingga pasangan membelakangkan suami atau isteri dan terpengaruh dengan keluarganya sendiri. Jika pengaruh itu baik-baik tidak mengapa juga, tapi kalau ada yang cucuk jarum untuk memisahkan, itulah bahaya.

“Bukan nak menakutkan atau beri tanggapan negatif, tapi inilah realiti dalam masyarakat kita hari ini,” katanya.

Tambahnya lagi, sebagai pemerhati (keluarga), doakan keharmonian anak-anak selagi rumah tangga itu tidak menuju kebinasaan.

“Jika pilih untuk meneruskan, maka minta supaya Allah bukakan jalan dan permudahkan segala urusan. Mintalah padaNya supaya hal rumah tangga kamu tidak ada gangguan atau anasir yang boleh mengugat hubungan kamu suami isteri.

“Buat keluarga besar tidak kira dari sudut pandang mak ayah, adik-beradik, ipar-duai dan saudara-mara, beri ruang kepada anak-anak untuk selesaikan masalah rumah tangga mereka sendiri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI