PETALING JAYA – Bapa kepada pelakon remaja direman tiga hari lagi bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan serangan seksual.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek direman bermula Ahad hingga Selasa.
“Suspek ditahan sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Petaling Jaya di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara pada jam 4.10 petang Sabtu,” ujarnya.
Terdahulu, suspek disiasat berhubung kes amang seksual dan cabul selepas dirujuk ke IPD Klang Utara.
Suspek juga pernah direman empat hari oleh IPD Shah Alam atas dakwaan suspek memukul pelakon remaja perempuan itu menggunakan penyangkut baju berlaku pada tahun 2014.
Pelakon tersebut membuat laporan polis pada 8 September lalu.
Sebelum ini, suspek juga direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes serangan seksual, memiliki bahan lucah dan pengabaian terhadap pelakon itu oleh IPD Subang Jaya. -KOSMO! ONLINE.