fbpx

Sukma 2022: Arsyad kecewakan Azeem emas 200m

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERAJAAN memperuntukkan lebih RM300 juta bagi membangunkan ekosistem sukan yang menyeluruh daripada pencarian bakat sehingga ke acara podium. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Atler Johor, Muhammad Arsyad Md. Saat mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas 200 meter (m) pada Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

Arsyad membuat kebangkitan saat akhir apabila berjaya memintas raja pecut Sukma 2022 dari Perak, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi pada 10m terakhir untuk melintasi garisan penamat pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Arsyad mencatat masa 21.02s, cuma kurang 0.01s dengan rekod temasya yang dilakukan Muhammad Aqil Yasmin iaitu 21.01s sewaktu Sukma 2018.

Azeem pula yang terpaksa memperlahan lariannya mungkin kerana kecederaan hamstring, akur dengan pingat perak dengan catatan 21.03s, manakala gangsa dimenangi Muhammad Haiqal Hanafi dari Negeri Sembilan (21.18s).

Nur Afrina Batrisya

Sementara itu, Nur Afrina Batrisya Mohamad Rizal dari Selangor berjaya meraih pingat emas 200m wanita dengan catatan masa 24.83s.

Pingat perak dimenangi Nur Aishah Rofina Aling dari Sabah dengan catatan 25.18s, manakala gangsa diraih K. M. Darshini (25.74s). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI