fbpx

Amaran hujan lebat, ribut petir di empat negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir berikutan hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan empat negeri pada petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan antara negeri yang terkesan adalah Negeri Sembilan (Kuala Pilah dan Jempol).

Selain itu, di Johor, daerah yang diramal berisiko ekoran cuaca buruk petang ini adalah Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang.

Dalam kenyataan sama, MetMalaysia turut memberi amaran ribut petir di beberapa bahagian negeri Sarawak temasuklh Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Limbang.

“Di Sabah, hujan lebat dilaporkan berlaku sekitar Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar).

“Cuaca buruk tersebut dijangka akan berterusan sehingga pukul 7 petang nanti,” katanya hari ini.

Jelas MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI