fbpx

Umat Islam dilarang ucap R.I.P

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Umat Islam tidak berdoa memohon keampunan bagi orang bukan Islam atau dilarang mengucapkan ‘Rest in Peace’ atau singkatannya R.I.P.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), perbuatan itu dilarang dan ia jelas termaktub di dalam nas yang jelas.

Namun, PMWP berkata, Islam sangat menghormati kematian manusia di mana sunnah bagi orang muslim untuk mengucapkan takziah dan ucapan-ucapan yang baik kepada orang bukan Islam.

Menurutnya, memberi doa keamanan dan ketenangan buat orang bukan Islam yang meninggal dunia adalah dilarang menurut nas.

“Ini kerana konsep keimanan islam dan kenabian tidak menerima pengampunan orang yang mati dalam keadaan syirik, maka tidak perlu memohon keampunan untuk mereka.

“Menurut Syeikh Ahmad al-Sawi pula, jika tujuan doa tersebut untuk mendoakan agar beliau dikurniakan hidayah Islam atau kebaikan dunia maka ia dibolehkan,” katanya.

Katanya, apa sahaja ucapan takziah yang sesuai dan baik adalah dibolehkan kepada orang bukan Islam selagi mana dia tidak memusuhi agama Islam.

“Islam adalah agama yang harmoni dan fleksibel dalam urusan keduniaan terhadap semua golongan tanpa mengira agama,” jelasnya.

Isu R.I.P oleh umat Islam terhadap orang bukan Islam ini kembali diperdebatkan warga internet susulan kematian Ratu British baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI