fbpx

Ukraine temui kubur besar di bandar ditawan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Askar Ukraine duduk di atas kereta kebal di Izyum, wilayah Kharkiv pada 14 September lalu. - AFP

KIEV – Presiden Volodymyr Zelenskyy memaklumkan bahawa pihak berkuasa Ukraine menemui sebuah kubur besar berhampiran bandar di timur laut Ukraine yang ditawan semula daripada tentera Russia, lapor saluran berita NBC News kelmarin.

“Sebuah kubur besar ditemui di Izium, dalam wilayah Kharkiv. Prosedur yang diperlukan telah dimulakan di sana. Lebih banyak maklumat yang jelas sepatutnya tersedia esok (hari ini),” kata Zelenskyy dalam ucapan di kaca televisyen.

Sebuah kubur besar dikesan mempunyai sebuah penanda yang menyatakan bahawa ia mengandungi 17 mayat askar Ukraine. Ia dikelilingi oleh ratusan kubur berasingan yang dipacak tanda salib.

Zelenskyy turut menyebut nama bandar-bandar lain di mana pihak berkuasa mendakwa bahawa tentera Russia berundur dengan meninggalkan kubur besar yang menyimpan mayat orang awam, membuktikan dakwaan bahawa bahawa Moscow melakukan jenayah perang.

“Bucha, Mariupol dan sekarang Izium… Russia meninggalkan kematian di mana-mana. Mereka mesti bertanggungjawab untuk itu. Dunia mesti mempertanggungjawabkan Russia untuk perang ini,” katanya.

Tentera Russia meninggalkan Izium dan kawasan-kawasan lain di wilayah Kharkiv pada minggu lalu di tengah-tengah serangan balas oleh Ukraine. 

Pada Rabu lalu, Zelenskyy melakukan perjalanan ke luar ibu negara Ukraine untuk menyaksikan ucapara mengibarkan bendera negara itu di sebuah dewan di bandar Izium.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Yevhen Enin berkata, bukti tentera Russia membina ‘ruang penyeksaan’ iaitu lokasi penahanan warga Ukraine dan warga asing ‘dalam keadaan tidak berperikemanusiaan’ ditemui di bandar-bandar yang ditawan semula semasa kemaraan Kiev ke wilayah Kharkiv.

“Kami telah menemui lokasi penggalian mayat manusia, bukan sahaja dengan kesan kematian yang ganas, tetapi juga penyeksaan seperti memotong telinga dan anggota badan mangsa yang lain. Ini hanya permulaan,” katanya dalam temu bual bersama stesen radio Ukraine, Radio NV.

Penerangan Enin sepadan dengan sekurang-kurangnya 12 laporan yang dibuat oleh wakil polis wilayah Kharkiv sejak hujung minggu lalu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI