fbpx

Sukma: Emas gimnastik berpasukan wanita milik Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad gimnastik Wilayah Persekutuan ceria selepas merangkul pingat emas acara berpasukan wanita pada Sukma 2022 di Gimnasium 3 MSN Bukit Jalil hari ini.

KUALA LUMPUR – Skuad gimnastik artistik Wilayah Persekutuan berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul pingat emas acara berpasukan wanita Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 sebentar tadi.

Pada aksi final yang berlangsung di Gimnasium 3 Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini, pasukan yang lebih dikenali sebagai WIPers itu mengenepikan cabaran Johor (perak) serta Pulau Pinang (gangsa).

Wilayah Persekutuan yang dibarisi rata-rata atlet elit kebangsaan termasuk Hannah Yasmeen Mazwan, Geanie Ng Ee Ling dan Marissa Zaiful Azian memastikan emas menjadi milik mereka selepas mengutip mata keseluruhan 177.450.

Johor yang meraih pingat perak pula mendapat mata keseluruhan 166.250 diikuti Pulau Pinang yang mengutip 166.100 mata.

“Prestasi hari ini sangat bagus walaupun dengan kecederaan yang dialami Geanie. Pada awalnya tidak 100 peratus yakin tetapi selepas dua rutin, kami tahu yang kami boleh lakukannya.

“Ini adalah kali pertama Wilayah Persekutuan menang emas untuk acara berpasukan wanita sejak saya menyertai pasukan ini pada 2014. Kesungguhan yang ditunjukkan membolehkan kami merangkul emas,” kata ketua jurulatih WIPers, Sam Thong.

Sementara itu, bagi kategori all-around, atlet Pulau Pinang, Zarith Imaan Khalid membuktikan dia antara atlet elit kebangsaan apabila memastikan emas miliknya selepas mengumpul mata keseluruhan 49.300 menerusi rutin melombol, palang bertingkat, batang titian dan senaman lantai.

Pingat perak all-around dimenangi atlet Wilayah Persekutuan, Marissa yang mengutip 45.450 mata manakala Hannah Yasmeen juga dari Wilayah Persekutuan meraih gangsa dengan 44.800 mata.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI