fbpx

Ramai teruja, tertanya-tanya harga tol Suke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suke mempunyai 90 peratus jajarannya secara ‘elevated’ atau bertingkat dan selebihnya di atas tanah.

KUALA LUMPUR – Penantian warga Lembah Klang selama enam tahun menikmati laluan lebuh raya baharu akhirnya tercapai dengan pembukaan fasa pertama Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) semalam.

Sempena pembukaan lebuh raya yang mula dibina sejak tahun 2016 itu, semua pemandu akan menikmati pemberian tol secara percuma selama sebulan di Plaza Tol Bukit Teratai dan Plaza Tol Ampang.

Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati, rata-rata pengguna dari arah Cheras dan Ampang yang ingin menuju ke ibu negara memilih untuk menggunakan Suke kerana menjimatkan perjalanan hampir 30 minit berbanding laluan biasa.

Pengguna juga dilihat memanfaatkan cuti umum sempena Hari Malaysia dengan merasai pengalaman pertama melalui lebuh raya baharu yang dibina untuk kemudahan orang ramai selain sebagai usaha menangani isu ke­sesakan sekitar Lembah Klang.

Suke dibangunkan sebagai sistem penyuraian trafik yang boleh mengurangkan kesesakan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ­sehingga 24 peratus, Jalan Ampang (36 peratus) dan Jalan Loke Yew (12 peratus) pada waktu puncak.

Seorang pemandu, Sharizat Ahmad Kassim memaklumkan Lebuh Raya Suke amat membantu melancarkan perjalanan pengguna yang ingin ke ibu negara atau bergerak pulang dari bandar yang ‘sesak’ terutama ketika hari be­kerja.

Pengguna beratur bagi menjadi orang pertama yang menggunakan Suke yang diberikan percuma selama sebulan mulai semalam.

“Lebuh Raya Suke ini sangat jimat masa, laluannya luas dan dapat memberi kelancaran trafik kepada pengguna yang ingin memasuki Kuala Lumpur atau yang ingin keluar dari Kuala Lumpur.

“Bulan pertama yang diberi secara percuma ini sedikit sebanyak membantu menjimatkan kos perjalanan pengguna untuk ke tempat kerja dan pulang dari kerja,” katanya ketika ditemui Kosmo! berhampiran Plaza Tol Bukit ­Teratai semalam.

Bagi Ahmad Muhaidin, 34, berkata, dia berharap pihak lebuh raya meletakkan harga tol sewajarnya selepas ini.

Dalam pada itu, pemerhatian Kos­mo! di media sosial pula mendapati, terdapat beberapa pengguna berkongsi pengalaman mereka ketika melalui Suke.

Seorang pengguna Facebook, Borhan mencadangkan pengguna dari arah Kajang yang ingin ke ibu negara untuk menggunakan Suke sebagai laluan alternatif sewaktu berlaku kesesakan selain ia turut menjimatkan masa perjalanan.

“Tadi (semalam) saya cuba lalu Lebuh Raya Suke dari Kajang nak ke Kuala Lumpur, saya beritahu anda semua, sesiapa yang kerja dekat kawasan Kuala Lumpur, boleh cuba kerana memang cepat.

“Dari Suke saya masuk terus dan keluar Lebuh Raya Akleh, jimat masa dan tak perlu nak berdepan dengan kesesakan dekat Jalan Loke Yew,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI