fbpx

Peniaga naikkan harga suka hati tanpa empati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Kenaikan harga barang pada masa ini sememangnya meresahkan semua orang yang begitu terasa dengan keadaan tersebut, lebih-lebih lagi membabitkan bahan makanan.

Apa yang lebih mengejutkan, terdapat segelintir peniaga terutamanya melibatkan makanan menaikkan harga sesuka hati tanpa rasa simpati dengan kesusahan dihadapi orang ramai.

Alasan mereka (peniaga), terpaksa menaikkan harga disebabkan harga bahan asas untuk memasak turut melambung di pasaran.

Masalahnya, sekali mereka menaikkan harga agak susah untuk menurunkannya semula biarpun harga bahan mentah sudah diturunkan di pasaran semasa.

Ini yang terjadi kepada seorang rakan penulis yang merungut selepas membeli sebungkus bihun goreng untuk sarapan di gerai yang biasa dibelinya sebelum ini.

Menurutnya, sebelum ini bihun goreng kosong tanpa sayur, ayam, sotong atau daging itu dibeli pada harga RM2 sebungkus, kini naik sampai RM3.50.

Itu baru contoh kecil bihun goreng, belum makanan lain lagi yang sudah tentu menerima kenaikan tertentu.

Baginya, kenaikan itu agak melampau kerana peniaga biasanya membeli bihun mentah dalam kadar yang banyak pada harga berpatutan dan menjualnya selepas dimasak dengan harga tinggi dengan alasan bahan mentah melambung.

Mungkin bagi sesetengah orang, fenomena ini biasa dan tidak perlu diperbesarkan, namun ia melibatkan kerakusan segelintir peniaga tidak bertanggungjawab yang cuba menangguk di air keruh.

Keadaan ini memberikan imej tidak baik kepada peniaga jujur yang selama ini tidak pernah menaikkan harga biarpun sudah berapa kali harga barang naik.

Sepatutnya, apabila harga bahan mentah turun, harga makanan perlu turun selaras dengan gesaan kerajaan dalam hal ini, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Dalam hal ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut menggesa peniaga termasuk yang menjual makanan bermasak mengenakan harga munasabah selaras harga barangan asas yang kini semakin stabil hasil intervensi kerajaan.

Ini kerana, kenaikan harga barangan asas yang bersifat sementara sebelum ini tidak wajar diambil kesempatan oleh peniaga untuk menaikkan harga makanan secara kekal dan membebankan pengguna.

Bersediakah peniaga menurunkan harga makanan pada masa ini? Jawapannya hanya ada pada mereka.

Cuma, jangan sampai pelanggan selama ini menyokong perniagaan mereka lari ke tempat lain yang menawarkan harga lebih patut disebabkan kedegilan mereka menurunkan ‘harga Yahudi’ pada barang jualan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI