fbpx

Pengguna tegar vape serik, diuji penyakit berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Faizin menunjukkan tiub yang masih terdapat pada bahagian kiri dadanya di Putrajaya baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Terpaksa ditahan di wad hospital sehingga sebulan dan menjalani prosedur pembedahan sehingga tiga kali dipercayai akibat penggunaan vape secara berlebihan, adalah antara pengalaman pahit yang dilalui seorang pesakit, Muhammad Faizin Azmi.

Dia yang didiagnosis dengan masalah paru-paru atau lebih dikenali sebagai pneumothorax itu terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tiba-tiba berasa sukar bernafas selepas bangun tidur sebelum didapati pengsan.

“Selepas sedar semula, saya sudah berada di Hospital Putrajaya dengan bahagian kiri dada sudah pun ditebuk untuk dimasukkan tiub,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Pelajar kolej dan anak bongsu daripada lima beradik itu mengakui dirinya seorang penghisap vape tegar selepas berhenti merokok kira-kira lima tahun yang lalu.

Muhammad Faizin mula mengamalkan tabiat merokok seawal usia remaja dan cuba mengalihkan ketagihan dengan menggunakan vape ketika berumur 19 tahun.

Sementara itu, Presiden Persatuan Laryngectomee Malaysia, Shamsul Rizal Ramli berkata, detik hitam mula menyelubungi hidupnya selepas disahkan menghidap kanser peti suara tahap tiga atau larink sekitar pertengahan 2014.

Dia yang mengakui sebagai perokok tegar sejak belajar di universiti itu memaklumkan tanda awal penyakitnya adalah masalah suara serak secara berterusan sehingga menjadikannya sukar untuk bertutur.

“Melalui ujian biopsi, doktor mengesahkan bahawa tedapat ketumbuhan pada peti suara saya itu adalah kanser dan disarankan menjalani rawatan radioterapi dan kemoterapi untuk mengecutkan ketumbuhan.

“Kira-kira sebulan kemudian saya mengalami sesak nafas dan apabila kembali ke hospital doktor maklumkan kanser sudah semakin membesar serta hampir menutup salur pernafasan jadi saya tiada pilihan selain menjalani pembedahan membuang peti suara atau total laryngectomy,” katanya.

Shamsul Rizal yang juga Pegawai Pendidikan Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bentong itu berkata, selepas menjalani pembedahan tersebut dirinya sudah tidak lagi boleh mengeluarkan suara atau bertutur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI