fbpx

[VIDEO] Pencakar langit 42 tingkat di China terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video memaparkan kebakaran di bangunan 42 tingkat yang berlaku pada petang Jumaat. - Weibo

BEIJING – Satu kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan pencakar langit setinggi 42 tingkat yang terletak di wilayah Hunan, China, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Pihak berkuasa bandar Changsha memaklumkan,  api berjaya dipadamkan pukul 4.20 petang (waktu tempatan) semalam.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Jabatan bomba Hunan berkata dalam satu kenyataan menerusi akaun Weibo rasminya bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 3.48 petang (waktu tempatan).

Api dan asap dirakam menjulang ke udara  dari bangunan pejabat setinggi 218 meter itu  yang merupakan Bangunan Telekom China.

 

Bangunan itu dilaporkan terbakar pada pukul 3.48 petang Jumaat (waktu tempatan). – Weibo

Jabatan Bomba dan Penyelamat Changsha menghantar 36 jentera bomba dan 280 anggota bomba ke tempat kejadian.

Berdasarkan siasatan awal, pihak berkuasa mendapati dinding luar bangunan itu terlebih dahulu terbakar sebelum api merebak ke seluruh bangunan.

Rakaman video yang tersebar di media sosial semalam  menunjukkan api menyambar dan marak membakar bangunan pencakar langit itu, demikian menurut jabatan bomba. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI