fbpx

Pemuda BN beri sokongan 100 peratus kepada Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amin

KUALA LUMPUR – Pemuda Barisan Nasional (BN) menzahirkan sokongan 100 peratus kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri bagi meneruskan kesinambungan kerajaan Keluarga Malaysia.

Naib ketua pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd. Syukor berkata, pihaknya (pemuda) yakin bahawa usaha yang dibuat oleh kerajaan hari ini adalah usaha yang baik untuk rakyat dan perlu diteruskan.

“Hari ni bersama dengan saya adalah ketua-ketua pemuda BN yang hadir dari seluruh pelusuk negara untuk zahirkan sokongan seratus-peratus kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

“Kita juga mahu zahirkan sokongan kepada kepimpinan parti yang diterajui oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam memikirkan naratif terbaik menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.

Amin berkata, pemuda juga bersedia untuk menentang sebarang perkara yang boleh memecahbelahkan keharmonian parti.

“Yang penting kita kena harmoni. Pasukan kena kuat kerana apa yang penting pada hari ini adalah rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI