fbpx

Melaka United lega elak badi kekalahan kepada KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG Melaka United, Ifedayo Olusegun (tengah) mengawal bola dengan cantik ketika melepasi dua pemain KL City pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka kelmarin. – RASUL AZLI SAMAD

Pasukan Melaka United ­akhirnya boleh menarik nafas lega apabila badi tiga kekalahan berturut-turut telah berakhir selepas seri tanpa jaringan ketika menentang Kuala Lumpur City (KL City) pada aksi di Stadium Hang Jebat kelmarin.

Pengendali sementara Melaka, Mohd. Asri Ninggal memuji prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh barisan pemain khususnya dalam aspek bertahan selepas menafikan beberapa serangan berbahaya pasukan pelawat.

Kata Mohd. Asri, pemain yang paling wajar diberikan pujian adalah penjaga gol berpengalaman, Norazlan Razali yang bertindak cemerlang selepas diberikan kepercayaan untuk menjaga gawang pada aksi kali ini.

“Saya pilih Norazlan sebagai pemain terbaik kerana dia begitu ampuh di gawang hingga menyelamatkan semua percubaan.

“Kecemerlangan yang ditampilkan mungkin boleh memberi peluang buatnya kekal sebagai penjaga gol utama pasukan pada masa aksi akan datang.

“Pada masa sama, saya juga mahu memuji barisan pemain lain yang bekerja keras sepanjang 90 minit untuk memastikan usaha menamatkan badi kekalahan dapat direalisasikan,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, pengendali KL City, Bojan Hodak menganggap pasukannya masih lagi kepenatan selepas mengharungi jadual padat, sekali gus gagal mempamerkan prestasi sebenar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI