fbpx

Kapal pengangkut pasir karam, seorang hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anak kapal hilang selepas kapal pengangkut pasir karam di Beladin, Pusa hari ini.

KUCHING – Seorang anak kapal dilaporkan hilang dalam kejadian kapal pengangkut pasir karam di Beladin, Pusa pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu turut melibatkan empat lagi anak kapal.

“Seramai empat orang anak kapal berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tapak pembinaan jambatan Beladin.

“Bagaimanapun, seorang lagi anak kapal dikenali sebagai Nicholas Anak Julius dipercayai gagal keluar daripada kapal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Pusa memaklumkan kejadian tersebut sebelum seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan bagi mengesan mangsa yang masih hilang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI