fbpx

EPL: Pep Guardiola ‘bunuh’ kemampuan Jack Grealish

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREALISH (kanan) gagal menonjolkan kemampuannya yang sebenar selepas berhijrah menyertai City. – AFP

MANCHESTER – Peminat bola sepak England menyelar cara Pengurus Manchester City, Pep Guardiola melatih Jack Grealish selepas pemain itu mempamerkan satu lagi aksi mengecewakan ketika pasukan itu menewaskan Borussia Dortmund kelmarin.

Grealish turun dalam kese­belasan utama, namun digantikan dengan Phil Foden pada minit ke-58 ketika City ketinggalan dengan satu gol sebelum berjaya meraih kemenangan 2-1 pada perlawanan itu.

Pemain tengah England itu dilaporkan berdepan kesukaran sejak melengkapkan perpindahan dari Aston Villa pada musim panas tahun lalu dan sering gagal untuk menembusi ke­sebelasan utama pasukan berkenaan.

Dia sekadar meledak enam gol dan mencipta empat umpanan gol dalam 44 aksi setakat ini biar­pun bergelar pemain England termahal ketika melengkapkan perpindahan ke Etihad.

Pemain berusia 27 tahun itu gagal melakukan jaringan dan umpanan dalam 35 aksi yang di­sertai dan musim ini masih belum menyumbang apa-apa buat pasukan tersebut.

Berikutan itu, ramai peminat Grealish mengkritik gaya permainan yang disusun oleh Guardiola yang dikatakan menjadi punca pemain itu gagal menyerlah.

“Saya tidak dapat memahami mengapa Guardiola sanggup mengeluarkan wang sebanyak itu untuk mendapatkan Grea­lish, tetapi mengabaikan kele­bihan yang dimiliki. Dia adalah pemain yang baik dalam me­ngawal bola, namun di City semua itu tidak dapat dilakukan,” kata salah seorang peminat.

Salah seorang peminat lain menganggap, gaya bola sepak diterapkan oleh Guardiola telah ‘membunuh’ kemampuan yang dimiliki oleh Grealish.

“Ketika ini, dia kelihatan se­perti seorang pemain yang teruk. Dia perlu meningkatkan semula tahap keyakinan kerana kelihatan takut untuk mengawal bola,” kata salah seorang lagi peminat.

Situasi dialami Grealish itu menyebabkan para peminat Aston Villa menyeru supaya pemain itu kembali semula ke Villa Park yang pernah menaikkan namanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI