fbpx

Dua suspek kes gaduh kedai makan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua daripada suspek kes pergaduhan tersebut berjaya ditahan polis di Menglembu dan Jalan Bidor, Buntong hari ini.

IPOH – Dua lelaki yang dikehendaki berkaitan siasatan kes pergaduhan di sebuah kedai makan di Bandar Baru Menglembu semalam berjaya ditangkap hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, suspek masing-masing berusia 26 dan 38 tahun itu diberkas di Menglembu dan Jalan Bidor, Buntong.

“Setakat ini, dua suspek telah berjaya ditangkap sekitar pukul 2.30 hingga 3 petang tadi dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan seorang lagi rakan mereka.

“Kita akan membuat permohonan reman ke atas kedua-dua suspek esok bagi membantu siasatan. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 10 saat dan beberapa gambar insiden pergaduhan tular dalam media sosial memaparkan empat individu bergaduh menggunakan kerusi plastik dan senjata dipercayai kayu.

Yahaya berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 6.22 petang semalam, berhampiran sebuah kedai makan di Bandar Baru Menglembu.

Katanya, dalam kejadian itu, seorang lelaki warga Myanmar berusia 44 tahun cedera di kepala dan tangan.

“Berdasarkan siasatan awal, kejadian bermula apabila mangsa dipercayai mengganggu tiga suspek yang sedang makan di kedai berkenaan. Tindakan mangsa telah menimbulkan kemarahan kesemua suspek hingga menyebabkan berlaku pergaduhan antara mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI