LONDON – Bekas kapten bola sepak England, David Beckham memilih untuk beratur selama 13 jam seperti rakyat biasa bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II, lapor portal berita MailOnline semalam.
Meskipun Beckham menerima tawaran daripada anggota Dewan Rakyat bagi laluan ekspres untuk masuk ke Dewan Westminster, beliau menolaknya dan sanggup menunggu giliran seperti orang lain.
Beckham yang hadir lengkap dengan suit rasmi memaklumkan bahawa dia mula beratur pada pukul 2 pagi (waktu tempatan) semalam.
“Saya ingat datang pada awal pagi suasana akan lebih sunyi, namun jangkaan saya salah.
“Namun, saya berbangga kerana turut serta dalam perbarisan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada baginda,” kata Beckham.
Tambah Beckham, beliau menolak tawaran laluan ekspres kerana datuknya, yang merupakan penyokong tegar monarki Britain akan kecewa jika beliau mengambil kesempatan atas populariti kerjayanya. – Agensi