fbpx

Bajet 2023: KUSKOP usul 7 inisiatif baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (duduk dua kanan) dan Tengku Zafrul ( duduk dua kiri) bersama penerima bantuan kewangan pada majlis tersebut.

KUALA SELANGOR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengusulkan tujuh inisiatif baharu bagi membantu usahawan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk Bajet 2023.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, inisiatif atau dasar baharu itu bertujuan bagi mendekati beberapa golongan usahawan baharu termasuk di kalangan graduan.

Katanya, pihaknya telah membuat libat urus dengan MOF sebelum ini bagi tujuan tersebut.

“Kita harap dapat dua atau tiga daripada tujuh yang dicadangkan itu.

“Saya tidak pasti sama ada permohonan (cadangan) itu lulus atau tidak. Saya pun kena amati ucapan bajet pada 7 oktober depan,” katanya pada sidang akhbar selepas program Jelajah Usahawan dan Koperasi KUSKOP, hari ini.

Program itu telah dirasmikan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di pekarangan Terminal Bad Bandar Malawati Kuala Selangor di sini.

Kata Noh, beliau telah meminta KUSKOP membuat pendekatan baharu supaya bantuan dapat diberikan kepada semua lapisan usahawan termasuk melibatkan e-Commerce, makro, mikro serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Tambah beliau, inisiatif untuk informal menerusi Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) yang mendapat peruntukkan dapat RM200 juta dengan maksimum pinjaman boleh diberikan adalah RM10,000 tanpa faedah.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul menegaskan pihaknya masih mengkaji apa yang dikemukakan KUSKOP untuk pembentangan bajet itu nanti.

“Tapi saya sebutlah cadangan KUSKOP itu sangat baik dan kita tidak boleh nafikan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) adalah sektor penting kepada ekonomi negara kita.

“Kita masih mempertimbangkan inisiatif tetapi fokus kepada rakyat, perniagaan dan ekonomi dengan tahun 2023 akan lebih cabar dari tahun ini. Fokus kerajaan adalah pastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI