fbpx

Angkara elak kereta, nyawa penunggang motosikal melayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang parah di lokasi kejadian sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

SUBANG JAYA – Seorang penunggang maut selepas motosikalnya hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan di Jalan Taman Tasik Prima arah Puchong di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, polis menerima laporan berhubung kemalangan itu pada pukul 11 malam membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135.

“Siasatan awal mendapati semasa kejadian penunggang motosikal disyaki cuba mengelak sebuah kereta menyebabkan dia hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan batu di sebelah kiri.

“Mangsa lelaki tempatan berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut bagaimanapun sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan terbabit.

Katanya, siasatan diteruskan dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ratnacristinavaby Kanagaratnam di talian 017-907 4893. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI