fbpx

Sukma: Eizlan akur dikecewakan oleh rakan sepasukan Farrell Glenn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EIZLAN (tengah) bersama Farrell (kiri) dan Jyh Yunn menaiki podium selepas menerima pingat masing-masing pada Sukma MSN 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. – FARIZ RUSADIO

KEJUTAN berlaku pada hari pertama saingan olahraga Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 apabila pilihan utama, Mohamad Eizlan Md. Dahalan dari Sabah gagal menepati ramalan dalam acara lompat tinggi.

Eizlan terpaksa akur me­raih pingat perak selepas hanya melepasi ketinggian 2.06 meter (m) pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Situasi tersebut agak mengejutkan kerana ia adalah catatan terendah atlet berusia 23 tahun itu dalam enam kejohanan di­sertainya sepanjang tahun ini biarpun semuanya berakhir dengan kedudukan podium.

Eizlan menjuarai Terbuka Malaysia 2022 dengan catatan 2.10m diikuti 2.15m di Johor, 2.18m (Sukan SEA Hanoi), 2.10m (Sukan Universiti ASEAN), 2.14m (Sukan Perpaduan Islam) dan 2.11m (Sukan Institusi Pe­ngajian Tinggi).

Eizlan tidak seharusnya kecewa kerana dia tewas kepada rakan sepasukan dari Sabah, Farrell Glenn Felix Jurus yang meraih pingat emas Sukma 2022 dengan catatan 2.10m.

Pingat gangsa pula dimena­ngi atlet Perak, Kuan Jyh Yunn dengan catatan 2.03m.

“Kami berlatih bersama, jadi saya gembira dapat menewaskan Eizlan. Ini adalah pingat pertama saya,” kata Farrell.

Ia secara tidak langsung memberi bayangan Eizlan dan Farrell mampu menjadi gene­rasi baharu lompat tinggi negara yang selama ini dibayangi kehebatan pemegang rekod kebangsaan, Nauraj Singh Ran­dhawa serta Lee Hup Wei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI