fbpx

Rakyat Britain tangisi pemergian Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan dari udara menunjukkan barisan rakyat yang menunggu giliran masuk ke Westminster Hall di Jambatan Lambeth, semalam. - Daily Mail

LONDON – Ribuan rakyat jelata mula membanjiri Westminster Hall kelmarin, bagi memberi penghormatan terakhir buat ratu kesayangan mereka, Ratu Elizabeth II, lapor akhbar The Sun.

Barisan penyokong setia monarki itu sudah beratur di laluan pejalan kaki menuju ke Westminster Hall sejak Selasa lalu bagi memastikan mereka berpeluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada  jasad baginda.

Suasana di Kota London menjadi suram apabila rata-rata rakyat menitiskan air mata dan berwajah sugul terutamanya ketika perarakan keranda mendiang baginda bermula pada petang kelmarin.

Berjuta-juta orang dijangka turun ke ibu kota negara Britain itu minggu ini untuk mengucapkan selamat tinggal kepada jasad baginda yang kini bersemayam selama empat hari di Westminster Hall.

Barisan beratur dijangka mencecah 16 kilometer (km) dengan infrastruktur disediakan untuk kemudahan rakyat sekurang-kurangnya dalam jarak 11 km dari Jambatan Lambeth ke Southwark Park.

Ramai yang berharap untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Ratu Elizabeth II dan menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah hanya dengan menatap kerandanya.

Bagaimanapun, tiada jaminan bahawa setiap orang yang beratur akan dapat melihat keranda baginda dan ia bergantung kepada situasi semasa.

Giliran ke dalam barisan juga akan dihentikan seketika jika kemudahan infrastruktur yang disediakan pihak istana tidak dapat menampung lebih ramai orang.

Mereka yang menunggu dalam barisan akan diberikan gelang tangan berwarna dan bernombor, khusus untuk setiap orang. Ia bagi membolehkan mereka keluar barisan buat sementara waktu dalam tempoh masa yang munasabah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI