fbpx

Pesawat kawalan jauh terbangkan Jalur Gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Kelab RC Tok Bali bergambar bersama pesawat kawalan jauh sempena Hari Malaysia di Kampung Gong Kubur, Pasir Puteh hari ini. - Foto oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Kelab Kawalan Jauh (RC) Tok Bali menggunakan sebuah pesawat kawalan jauh jenis Piper Cup 30cc untuk menerbangkan Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Malaysia di Kampung Gong Kubur di sini hari ini.

Pengerusinya, Muzaidi Abdullah berkata, gimik tersebut merupakan satu penghargaan atas penyatuan Sabah dan Sarawak untuk membentuk negara Malaysia pada 16 September 1963.

“Selain menyambut kemerdekaan, Hari Malaysia perlu diraikan kerana ia sebahagian daripada sejarah yang perlu dihayati khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Oleh itu, kami memilih 16 September untuk menghimpunkan peminat kapal terbang RC bertujuan memperingati semula peristiwa penting negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Menurut Muzaidi, lebih 50 pesawat RC termasuk helikopter 3D menggunakan bateri sel kering dan petrol diterbangkan bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

Katanya, selain itu, ada dalam kalangan ahli kelab itu memiliki kreativiti dengan menghasilkan pesawat menggunakan papan polistrin.

“Mereka juga mampu mencipta pelbagai jenis pesawat termasuk jet turbo yang menggunakan minyak petrol dan alat kawalan jauh.

“Kelab ini ditubuhkan pada tahun 1996 malah sering mengadakan aktiviti penerbangan setiap hujung minggu selain menyemarakkan Hari Malaysia, sambutan Hari Merdeka dan acara tahunan yang melibatkan peserta dari seluruh negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI