fbpx

Pemandu Kancil parah tersepit pokok kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit pada pokok kepala sawit dalam kemalangan di Jalan Simpang Utara, Batu Arang menghala Rawang dekat sini hari ini.

RAWANG – Seorang pemandu kereta cedera parah akibat tercampak keluar dari kenderaan dan tersepit pada pokok kepala sawit dalam kemalangan di Jalan Simpang Utara, Batu Arang menghala Rawang dekat sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.16 pagi.

“Seramai lapan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi pukul 6.19 pagi didapati kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 39 tahun,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kereta tersebut dipercayai terbabas lalu merempuh pokok kelapa sawit menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kenderaan itu.

“Mangsa telah tersepit di bawah pokok kelapa sawit dan mengalami kecederaan parah patah kaki kiri,” katanya.

Jelas beliau, mangsa berjaya dikeluarkan pihak petugas dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI