fbpx

Padah guna lorong kecemasan, SUV ditahan konvoi motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan sebuah kenderaan SUV melarikan diri selepas melanggar sebuah motosikal.

PETALING JAYA – Tindakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda menggunakan laluan kecemasan di sebuah lebuh raya membawa padah apabila didakwa melanggar konvoi bermotosikal.

Malah, pemandu SUV berwarna hitam tersebut dikatakan melarikan diri turut mendapat kecaman ramai dan timbul satu pergaduhan kecil bersama ahli konvoi bermotosikal terbabit.

Menerusi satu klip video yang sedang tular di laman sosial Facebook ketika ini, menyaksikan kumpulan lelaki bermotosikal sedang menahan SUV tersebut kerana melarikan diri setelah melanggar salah seorang ahli konvoi.

Melalui video itu, kumpulan lelaki bermotosikal turut memarahi dan memaki hamun pemandu SUV itu kerana tidak bertanggungjawab dengan melarikan diri setelah melanggar salah seorang rakan mereka.

Bukan itu sahaja, menerusi satu video terdahulu yang dirakam melalui kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan menyaksikan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota turut terlibat dalam insiden terbabit.

Rata-rata pengguna media sosial mengutuk kejadian tersebut dan menyifatkan kejadian tersebut tidak perlu berlaku sekiranya laluan kecemasan itu tidak digunakan oleh pemandu SUV terlibat.

“Motosikal dan kereta sepatutnya tidak menggunakan lorong kecemasan dalam apa jua keadaan sekalipun jika bukan dalam kecemasan.

“Tindakan berat perlu diambil oleh pihak berkuasa, sudah terbukti akan berlaku kecelakaan jika kita melanggar peraturan ini,” ujar Firdaus Fir.

“Ramai yang marah pada geng konvoi itu, namun setelah melihat klip video sebelumnya baru faham yang SUV itu melarikan diri.

“Apa pun berlaku untuk selamat, tidak perlu rakam video. Nasiblah ada abang baju hitam itu yang berdiri di pintu kereta menghalang ahli konvoi daripada memukul pemandu kurang adab itu,” jelas Zalisham. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI