fbpx

Nyaris terpijak ular laut berbisa di Pantai Teluk Ketapang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular laut berbisa yang nyaris dipijak Tengku Qursyiah di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus pada Rabu lalu.

KUALA NERUS – Seorang wanita nyaris maut apabila hampir terpijak seekor ular laut yang berbahaya di Pantai Teluk Ketapang pada
kelmarin.

Tengku Qursyiah Tengku Hamid, 36, berkata, dia tidak sedar ular berwarna hitam berbelang putih itu memiliki racun berbisa yang boleh membawa maut sehingga dimaklumkan adiknya apabila memuat naik gambar haiwan tersebut di kumpulan WhatsApp keluarga.

Dia berkata, sewaktu kejadian, dia bersama suami dan dua anak mahu pulang ke rumah selepas beriadah di pantai peranginan tersebut pada pukul 6.20 petang.

“Sebelum tiba ke kereta, saya nyaris terpijak objek kecil yang terdapat di kawasan berpasir pantai sebelum dikenalpasti sebagai ular.

“Pada mulanya, saya ingatkan ular itu sudah mati namun apabila didekati ia mula bergerak. Saya mengambil sekeping gambar sebelum bergerak pulang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Tengku Qursyiah berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan adiknya bahawa haiwan itu sebenarnya ular laut yang boleh membawa maut sekiranya dipatuk.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Mohd. Rosman Abdullah mengesahkan, haiwan itu merupakan spesies ular laut yang mempunyai bisa beracun neurotoxin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI