KUALA LUMPUR – Nor Sarah Adi meraih status ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) 2022 selepas memenangi final 100 meter (m) wanita sebentar tadi.
Nor Sarah dinobatkan sebagai juara selepas melintasi garisan penamat di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan catatan 11.91 saat (s).
Sebagai rekod, Nor Sarah merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi 2021 dalam acara lompat bergalah. – KOSMO! ONLINE