fbpx

Nelayan laut dalam naikkan jerung mata ‘alien’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haiwan tersebut berkemungkinan adalah jerung ‘dogfish’ berkulit kasar yang turut dikenali sebagai Centroscymnus owstoni. – Facebook/ Trapman Bermagui

SYDNEY – Seorang nelayan di  Sydney, Australia menangkap seekor seekor jerung daripada spesies jarang ditemui yang mempunyai sepasang mata amat ganjil, lapor akhbar New York Post semalam.

Trapman Bermagui memuat naik gambar hidupan marin itu di laman Facebook selepas menangkapnya dari laut pada kedalaman 560 meter(m).

Dia percaya haiwan tersebut adalah sejenis jerung berkulit kasar dan hidup di  laut dalam.

Penemuan luar biasa itu mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial, sekali gus menjadikan hantaran tersebut tular.

“Laut dalam adalah dunia  lain,” kata seorang pengguna.

Sementara itu, menurut beberapa pakar, haiwan tersebut berkemungkinan adalah jerung ‘dogfish’ berkulit kasar yang turut dikenali sebagai Centroscymnus owstoni.

“Dalam kajian laut dalam saya, kami telah menangkap beberapa ekor jerung seumpama itu di Teluk Mexico dan Bahamas.

“Ia tergolong dalam kumpulan Somniosidae atau jerung tidur iaitu  keluarga yang sama dengan jerung Greenland  tetapi spesies yang nyata  lebih kecil,” kata Pengarah Kajian Bersekutu di Makmal Pantai dan Laut Universiti Florida, Dean Grubbs.

Tambahnya, dia kerap menemui jerung ‘dogfish’ itu pada kedalaman antara 731 m hingga 1,158 m.

Bermagui turut bersetuju bahawa jerung itu boleh ditemui pada kedalaman melebihi 182 m.

“Kebiasaannya kami menangkap jerung ini pada musim sejuk,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN