fbpx

Mas Idayu tamatkan zaman solo, kini isteri penerbit TV3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAS IDAYU dan Sufian kini bergelar suami isteri.

KUALA LUMPUR – Selepas 15 tahun hidup solo, penyanyi dangdut popular Mas Idayu kembali bergelar isteri apabila menikahi penerbit eksekutif  TV3, Muhamad Sufian Isa dalam sebuah majlis di ibu negara sekitar pukul 10.40 pagi tadi.

Dalam majlis yang berlangsung pukul 10.40 pagi tadi, Mas Idayu, 50, dan Sufian, 51, sah bergelar pasangan suami isteri dengan sekali lafaz.  Pasangan itu dinikahkan Imam dan Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Jamek Kampung Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.

Pada majlis dihadiri lebih 100 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,001 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Berkongsi mengenai keperibadian suami, Mas Idayu yang lebih mesra disapa sebagai Mummy berkata, sifat kelakar yang ada pada suaminya membuatkannya tertarik.

“Abang Pian (Suffian) ni kalau tengok muka memang serius dan garang, tapi sebenarnya dia ni kelakar orangnya.

“Saya pula jenis suka lelaki kelakar dan lawak, tapi tak dapat pelawak,” katanya sambil tertawa kecil.

SELEPAS majlis pernikahan pagi tadi, Mas Idayu dan Sufian akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di malam ini.

Terdahulu, awal April lalu, Mas Idayu mengesahkan bakal menamatkan zaman janda dengan Sufian yang mula dikenali sejak program Mentor 3 pada 2008.

Biarpun bukan perkahwinan pertama, Mas Idayu tetap berasakan pernikahan kali ini seperti pernikahan pertama mereka. Lebih indah, pasangan itu juga mendapat tajaan dianggarkan RM7 juta, merangkumi lokasi, katering, busana dan aksesori.

Pernikahan mereka juga dikatakan bakal mencipta rekod dalam Buku Rekod Malaysia (MBOR).

Terdahulu, penyanyi Robek Hatiku itu mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai sembilan tahun kemudian.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI