fbpx

Lelaki cipta rekod dunia potong rambut 47 saat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Koutoupis memotong rambut dalam masa 47.17 saat. – Twitter

ATHENS – Seorang pendandan rambut dari Greece menempa nama dalam Guinness World Records apabila berjaya memotong rambut dalam masa hanya 47 saat, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Dalam sebuah klip video yang disiarkan oleh akaun rasmi organisasi rekod dunia itu, Konstantinos Koutoupis dilihat menghasilkan potongan rambut yang sempurna kepada pelanggan dalam masa yang singkat.

Dia dilihat kerap menggunakan pencukur semasa melakukan percubaan itu, dan akhirnya berjaya memecahkan rekod dunia dengan menyelesaikan cabaran dalam masa hanya 47.17 saat.

Satu ukuran telah ditetapkan untuk panjang rambut yang perlu dipotong bagi menjadikan rekod itu sah dan pegawai berpuas hati dengan percubaan tersebut.

Video yang dikongsikan itu adalah sebahagian daripada kompilasi yang mencatatkan rekod berkaitan rambut.

Hantaran itu dimuat naik dengan kapsyen: “Perlu potongan rambut dengan pantas? Bagaimana dengan potongan selama 45 saat?”

Walaupun kelajuan memotong jelas kelihatan dalam video itu, ramai pengguna keliru dengan teknik dan gaya yang dipilih Koutoupis. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI