fbpx

Kereta exco potong Q kena saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta jenis Toyota Camry berwarna hitam di rakam membuat kesalahan memotong barisan kenderaan di Jalan Tongkang Pechah, Batu Pahat.

BATU PAHAT – Kereta yang digunakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon dikenakan tindakan saman di bawah Rule 6(1) LN 166/59.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner (ACP) Ismail Dollah berkata, tindakan dilakukan berikutan tular melakukan kesalahan memotong barisan kenderaan di Jalan Tongkang Pechah dekat sini.

Katanya, hasil siasatan mendapati kesalahan dilakukan pada 12 September kira-kira pukul 9.45 pagi.

“Pemandu kenderaan telah dipanggil pada 16 September pukul 3.30 petang untuk diambil tindakan saman.

“Sebelum itu, pada 14 September pukul 11 malam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima rakaman video tular berkaitan kesalahan sebuah kereta dengan nombor pendaftaran JDT 9, jenis Toyota Camry berwarna hitam melakukan kesalahan memotong barisan kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI