fbpx

2,375 kes Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 2,735 kes semalam termasuk 11 kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,775,552 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 1,466 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,750,198 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 27,205 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah 960.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 683 diikuti Kuala Lumpur (453), Sabah (230), Perak (221), Melaka (113), Pulau Pinang (108), Sarawak (106), Negeri Sembilan (84) dan Kelantan (74).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Johor (71), Kedah (70), Pahang (69), Putrajaya (47), Terengganu (28), Perlis (9) dan Labuan (4),” kata maklumat itu hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak tiga kematian dilaporkan dengan tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,299.

Jumlah kematian BID pula kekal sebanyak 7,713 setakat ini.

Sebanyak 25,912 kes dikuarantin di rumah, lapan kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,232 kes di hospital, 12 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 41 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI