fbpx

100 belia konvoi Jalur Gemilang semarak Hari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Imran (depan kanan) mengetuai program konvoi itu.

SHAH ALAM – Semangat sambutan Hari Malaysia ke-59 disemarakkan lebih 100 belia menerusi Konvoi Kibaran Jalur Gemilang hari ini.

Konvoi bermotosikal disertai belia daerah Petaling itu dianjurkan Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC), Majlis Belia Selangor (MBS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Presiden MBS, Datuk Mohd. Imran Tamrin berkata, program itu bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme kepada golongan muda supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Kata beliau, pihaknya turut mahu memeriahkan sambutan Hari Belia Negara menerusi sokongan dan kebersamaan semua pihak terutama belia.

“Selain itu, penglibatan golongan berkenaan perlu diperluaskan antaranya bersama masjid dalam memartabatkan institusi agama di negeri ini.

“Justeru, program seumpama ini diharap dapat membentuk belia yang lebih positif dan berfikiran jauh demi masa depan mereka,” katanya ketika ditemui pada program pelepasan konvoi itu di Masjid Al-Faizin, Seksyen 28, di sini.

Terdahulu, beliau menyampaikan amanat program itu sebelum mengetuai konvoi berkenaan di sekitar bandar raya ini.

Sementara itu, peserta, Syafiq Shamsudin, 20, berkata penyertaan dalam program berkenaan nyata lebih bermanfaat berbanding berkonvoi secara tidak sah.

“Konvoi seumpama ini bukan saja menyemai semangat kemerdekaan malah mendidik golongan muda seperti saya mematuhi undang-undang ditetapkan.

“Hari Malaysia juga hanya diraikan sekali setahun dan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dengan aktiviti berfaedah,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI