fbpx

UMNO-Pas: PM serah kuasa pada Majlis Kerja Tertinggi UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

KUAL LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk membuat sebarang keputusan mengenai rundingan bersama Pas.

Katanya, keputusan akhir bagi parti adalah terletak di tangan barisan MKT UMNO itu sendiri.

“Kita serah kepada MKT, kita dengar pandangan daripada semua pihak.

“UMNO memang macam itu dan terbuka kepada sesiapa sahaja daripada cawangan, bahagian atau mana-mana pihak untuk beri pandangan,” katanya pada sidang akhbar Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita mengenai desakan segelintir ketua UMNO bahagian yang meminta MKT UMNO menutup terus pintu rundingan dengan Pas .

“Kita tangguhkan mesyuarat (MKT UMNO) yang dijadual berlangsung malam Sabtu ini ke suatu tarikh yang akan diumumkan Setiausaha Agung parti. Mungkin perkara ini boleh dibawa ke mesyuarat berkenaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI