fbpx

Tinggalkan kumpulan, Ren tiada sesalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REN

SETELAH sedekad bergelar ahli kumpulan NU’EST, Ren nampaknya telah membuka langkah sebagai penyanyi solo menerusi agensi terbaharunya, Big Planet Made.

Menerusi satu temu bual bersama media baru-baru ini, Ren mendedahkan langsung tidak wujud kekesalan dalam dirinya selepas mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulannya, sekali gus bergerak secara solo.

Akuinya, dia menghabiskan masa lebih banyak bersama NU’EST berbanding dengan keluarga.

“Kami tinggal bersama sejak 12 tahun lalu, bermula ketika masih bergelar pelatih.

“Saya menghabiskan lebih banyak masa dengan mereka berbanding keluarga.

“Jadi tidak ada rasa kesal atas keputusan meninggalkan mereka.

“Rindu itu pasti ada. Kami masih bersama, bezanya kami tidak berada dalam satu kumpulan,” katanya.

Ren atau nama sebenarnya Choi Min-gi, 27, juga seorang pelakon memulakan debut bersama NU’EST pada 15 Mac 2012.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI